Wednesday, February 19, 2020

Teknik Menterjemah Peribahasa






Teknik Menterjemah Peribahasa

ü            Terdapat 4 teknik untuk menterjemah peribahasa iaitu:
1.      Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh: قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمditerjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2.      Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh: دودةُ الكتبِ   diterjemahkan kepada ulat buku.

3.      Teknik memperjelas makna.
Contoh: Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة

4.      Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:  هديّة تذكارية   diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.


     Bagi mengelak dan menghindarkan kesalahan dalam menterjemah, perkara tersebut perlu  dilakukan:
1.             Bertanya terus kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
2.             Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.



Sa’adatul Firdaus binti Khairollah

No comments:

Post a Comment