Wednesday, February 19, 2020

Peribahasa Melayu


Peribahasa Melayu

ü                        Peribahasa Melayu terdiri daripada empat jenis (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69) iaitu:
1.      Perumpamaan
·         Perbandingan makna yang jelas dan terang.
·         Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti.
·         Contoh: bagai aur dengan tebing

2.      Simpulan bahasa
·         Merupakan gabungan dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.
·         Contoh: ada jalan (ada cara; ikhtiar; usaha)
        ambil angin (bersiar-siar untuk berehat)

3.      Bidalan  
·         Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.
·         Contoh: biar putih tulang, jangan putih mata (sanggup mati daripada menyerah kalah)
              Biar titik, jangan tumpah (biar rugi sedikit, jangan rugi banyak)

4.      Pepatah
·         Ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.
·         Contoh: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (bekerjasama dan tolong menolong)
              sehari selembar benang, lama-lama jadi kain (sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga)


Sa’adatul Firdaus binti Khairollah

No comments:

Post a Comment