Monday, February 17, 2020

KLASIK VS MODEN





Assalamualaikum..

Penterjemahan bukan sesuatu yang baru didengar.Bermula dari sedikit pengalaman semasa belajar....menterjemah puisi klasik dan prosa klasik dalam mata pelajaran sastera semasa SPM  (1995) mengajar saya tentang pentingnya penyampaian maksud yang tepat dalam bahasa moden.
Ketika itu prosa klasik banyak menggunakan bahasa nusantara/jawa atau bahasa Indonesia.Memandangkan kita adalah dari rumpun yang sama, maka saya boleh memahami perkataan tersebut.Antara perkataan yang sering saya temui ialah alam buana, hatta,kalakian, syahadan, bahana.
Setiap puisi yang saya pelajari diterjemah ke bahasa yang paling mudah, yang selaras dengan budaya kehidupan .Malah setiap puisi yang direka boleh dijiwai wataknya oleh pembaca. Sebagai contoh, watak sebagai seorang pengemis yang kesedihan. Watak seorang egois yang rakus...semua perkataan boleh diterjemahkan sama ada secara zahir atau batin.Malah pengajaran sang guru ketika itu melekat di dalam kepala dek kerana minat kepada sastera melayu.
Saya juga pernah membaca sebuah novel klasik (pada anggapan saya ketika itu yang berumur 9 tahun).Dimiliki oleh abang saya, berjudul Hang Tuah.Memandangkan kekangan kewangan dan ketiadaan kedai buku ketika itu...tiada bahan lain yang saya boleh pilih.Berbeza dari segi bahasa dan ejaan (ejaan melayu lama ketika itu)..namun ia berjaya menyampaikan maksud novel tersebut.


Rumah limas anjung selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba putuskan

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga


HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498


No comments:

Post a Comment