Wednesday, February 19, 2020






Assalamualaikum wbr.wbt

Bertemu lagi dalam ruangan kali ini.

Sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga hari ini Allah menjadikan manusia dari pelbagai rupa, warna kulit dan bahasa. Kepelbagaian ini membolehkan kita sentiasa berfikir, “agaknya bagaimana manusia ini boleh berkomunikasi antara satu sama lain”.

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu pindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu lain” . Ia merupakan proses interaksi dari penghantar dan penerima maklumat supaya dapat difahami sama ada dalam bentuk lisan (pertuturan) atau bukan lisan (bahasa tubuh, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan).

Kepelbagaian bahasa memerlukan ia diterjemah dari satu bahasa (bahasa sumber) ke bahasa lain (bahasa sasaran) supaya:

                i.Ilmu pengetahuan dalam bahasa sumber dapat disalurkan ke bahasa sasaran.

          ii.mengetahui kandungan sesuatu teks yang ditulis dalam bahasa yang tidak  difahami

Kehidupan bergelar pelajar, memerlukan saya mendapatkan maklumat dari pelbagai bahasa asing seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Mempelajari penterjemahan  juga membantu saya mengenalpasti morfem dan root word sesuatu perkataan.

HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498

No comments:

Post a Comment