Wednesday, February 19, 2020





Assalamualaikum ...


Dalam menterjemah Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu, kita tidak digalakkan untuk merujuk dalam google translate.Ini kerana terdapat banyak perkataan yang tidak sesuai dijadikan padanan dalam bahasa sasaran.

Untuk mereka yang baru hendak belajar menterjemah dinasihatkan merujuk kepada kamus atau kamus online.Terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan seperti المعانى عربي عربي  dan  معجم المعانى عربي اندونيسي  .

Tidak kisah apa pun rujukan yang anda gunakan, penterjemahan sesuatu teks hendaklah tepat dan memenuhi maksud teks bahasa sumber. Dari menterjemah perkataan mulalah beranjak kepada menterjemah frasa. Seterusnya perenggan. Semoga satu hari anda akan menjadi seorang penterjemah yang hebat.(Sekurang-kurangnya anda mampu membantu anak-anak anda dalam menterjemah Bahasa Arab dalam menyiapkan kerja rumah mereka) .

Sekian..



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

No comments:

Post a Comment