Thursday, February 20, 2020


PEPATAH ARAB




Morfem


Assalamualaikum..
Pada hari ini kita akan membincangkan tentang morfem. Morfem ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna. Ia terbahagi kepada 2 iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
1.Morfem bebas (المقيد المرفم)-boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna.
2.Morfem Terikat ( المرفم الحر) tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan bantuan dari morfem bebas. Morfem terikat ini seperti imbuhan yang diberikan kepada kata dasar
Contoh:.
Morfem bebas
Morfem terikat
Saya
di….
Kamu
ter….
Kereta
ber..
Dalam Bahasa Arab setiap morfem mempunyai maksud tersendiri:
Bentuk II
فعَّل
1.Intensif
كسَّر-memecahkan/menghancurleburkan.
2.Penyebab
علَّم-Mengajar/menyebabkan seseorang mengetahui.
3.Menukarkan kata kerja tak transitif kepada transitif
فرَّح «  فَرِحَ  - bergembira  » menggembirakan
4.Pernyataan atau anggapan
كذَّب«  كَذْبَ-berdusta » menjadikan seseorang pendusta
Bentuk III
فاعل
Menunjukkan perbuatan timbal balik.
قَتَلَهُ  » قَاتَلَهُ  -Dia membunuhnya atau dia berkelahi dengannya.
Bentuk IV
أفعل
1.Kausatif/faktitif-Menjadi sebab
جَلَسَ    »  أَجْلَسَ
Duduk  »  menjadikan seseorang duduk
كَرَمَ        «   أَكْرَمَ
Mulia    »menjadikan seseorang mulia
2.Denominatif
ثَمَرَ       »  أَثْمَرَ
Buah   »   menjadi berbuah
مَطَرَ أَمْطَرَ      «      
3.Deklaratif/estimative
أَبْحَلَهُ       » dia menganggap/mendapatinya kedekut
أَحْمَدَهُ       » dia mendapatinya (orang/benda)patut dipuji

   
   Moga memberi sedikit ilmu kepada anda.Wassalam.

Wednesday, February 19, 2020





Assalamualaikum ...


Dalam menterjemah Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu, kita tidak digalakkan untuk merujuk dalam google translate.Ini kerana terdapat banyak perkataan yang tidak sesuai dijadikan padanan dalam bahasa sasaran.

Untuk mereka yang baru hendak belajar menterjemah dinasihatkan merujuk kepada kamus atau kamus online.Terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan seperti المعانى عربي عربي  dan  معجم المعانى عربي اندونيسي  .

Tidak kisah apa pun rujukan yang anda gunakan, penterjemahan sesuatu teks hendaklah tepat dan memenuhi maksud teks bahasa sumber. Dari menterjemah perkataan mulalah beranjak kepada menterjemah frasa. Seterusnya perenggan. Semoga satu hari anda akan menjadi seorang penterjemah yang hebat.(Sekurang-kurangnya anda mampu membantu anak-anak anda dalam menterjemah Bahasa Arab dalam menyiapkan kerja rumah mereka) .

Sekian..



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

Jenis penterjemahan





JENIS JENIS PENTERJEMAHAN

1.       Penterjemahan terbahagi kepada 2 iaitu:



                                I.            Penterjemahan lisan

·         Dilakukan secara langsung secara cepat dan tepat daalm metod ini penterjemah disyorkan mampu bericara  dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahsa sasaran.

·         Seseorang penterjemah interpreten perlu mempunyai pengalaman yang luas dan perlu menjalani sesi yang panjang dan berterusan bagi menambah skill yang ada



                              II.            Penterjemahan Tulisan



·         Dilakukan secara bertulis.Disebabkan itu ia boleh disemak berkali kali dan boleh diperbetulkan. Kefasihan berbicara tidak diperlukan kerana penterjemahan hanya perlu ditulis



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

PERIBAHASA




PERIBAHASA

ü  Terdapat beberapa padanan peribahasa Melayu dengan peribahasa arab antaranya :

(ان عليك جرشا فتعشه)

Biar lambat asal selamat



(جزاه جزاء سنامر)

Susu dibalas tuba

Bagai melepaskan anjing tersepit



(الحاجة تفيق الحيلة)

Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih



(بخيل)

Tangkai jering

Jadi kawan-kawan bolehlah cuba menggunakan peribahasa arab pula selepas ini ya!..



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498

Kata Nama Khas (Bahagian 3)






SAMBUNGAN KATA NAMA KHAS (KNK) BAHAGIAN 3

*      Bertemu semula dalam sambungan Kata Nama Khas. Kali ini kita akan membincangkan nama institusi / organisasi

*      Ia hendalah diterjemah menggunakan kaedah pinjaman terjemahan,disamping mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan

*      Di samping kaedah pinjaman terjemahan,ada juga nama institusi yang dipinjam terus dari teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan)

Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat kepada kawan-kawan…





HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

Kata Nama Khas (Bahagian 2)





SAMBUNGAN PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS (2)

v  Kita telah membincangkan Kata Nama Khas Kata Nama Khas bagi nama orang.Kali ini kita akan sambung perbincangan berkenaan Kata Nama Khas yang lain.Insya Allah.

v  Kata Nama Khas yang tiada makna tidak boleh diterjemah sama sekali

Contoh:Pasir panjang,Sabak bernam

v  NAMA BANDAR,TEMPAT DAN BANDAR

·         Kekalkan bahasa sumber(tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan atau keterangan tambahan)

·         Boleh juga menggantikan bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.

·         Menggunakan pinjaman terjemah(Middle East-Asia Barat)

·         Mengguna pinjam campuran(Guatanamo Bay-Teluk Guatanamo)

·         Perkataan Arab juga boleh ditransliterasikan dalam mencari padanan Bahasa Melayu




HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498

PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS(KNK)-Bahagian 1




PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS(KNK)

v  Penterjemahan yang cuba diketengahkan lebih kepada penterjemahan BM ke BA.Mengikut Nik Safiah Karim (2004) menterjemah Kata Nama Khas terbahagi kepada 2 iaitu Kata Nama Khas(KNK) hidup (manusia dan binatang) dan Kata Nama Khas(KNK) tak hidup

v  Menterjemah KNK tidak boleh diambil ringan kerana

·         Mempunyai makna tersendiri

·         Mengandungi satu maklumat tersirat

·         Mempunyai makna dan fungsi tertentu berdasarkan budayanya.

·         Cth:Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Tanggang.



Nama orang

v  Kata Nama Khas (Bahasa Arab) seperti علي (Ali) ,Sulaiman( (سليمن,Fatimah                ( (فطيمه   tidak perlu diterjemah ke Bahasa Melayu .Tetapi hanya perlu ditukarkan kepada huruf rumi dan meletakkan  huruf besar di awal perkataan.Contoh: Halim.

v  Tetapi jika Kata Nama Khas itu ada padanan dengan bahasa sasaran,penterjemah perlu bijak memilih padanan yang sesuai:

Contoh:  Nuh(BA),      Noah(BI),        Nuh(BI)

               Harun( BA),  Aaron(BI),      Harun(BM)

               Ishaq(BA),    Isaac(BI),        Ishak(BM)

Insyaallah kita akan sambung tajuk Kata Nama Khas dalam entri akan datang.Hingga berjumpa lagi.

والى اللقاء مع السلامه



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498





Assalamualaikum wbr.wbt

Bertemu lagi dalam ruangan kali ini.

Sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga hari ini Allah menjadikan manusia dari pelbagai rupa, warna kulit dan bahasa. Kepelbagaian ini membolehkan kita sentiasa berfikir, “agaknya bagaimana manusia ini boleh berkomunikasi antara satu sama lain”.

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu pindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu lain” . Ia merupakan proses interaksi dari penghantar dan penerima maklumat supaya dapat difahami sama ada dalam bentuk lisan (pertuturan) atau bukan lisan (bahasa tubuh, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan).

Kepelbagaian bahasa memerlukan ia diterjemah dari satu bahasa (bahasa sumber) ke bahasa lain (bahasa sasaran) supaya:

                i.Ilmu pengetahuan dalam bahasa sumber dapat disalurkan ke bahasa sasaran.

          ii.mengetahui kandungan sesuatu teks yang ditulis dalam bahasa yang tidak  difahami

Kehidupan bergelar pelajar, memerlukan saya mendapatkan maklumat dari pelbagai bahasa asing seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Mempelajari penterjemahan  juga membantu saya mengenalpasti morfem dan root word sesuatu perkataan.

HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498








Harapan saya, semoga kalian yang membaca bahan dan tulisan ini, dibukakan Allah dengan cahayaNya, kebijaksanaanNya, ilmuNya, petunjukNya, dan beroleh kepahaman yang tinggi dan dikurniakan juga ingatan yang kuat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu kepada yang lain.

اللهمّ كشفنا بنورك وبحكمتك وبعلمك وبالهدى والفرقان برحمتك يا أرحم الراحمين سبحان الفتح العليم.
 Semoga kita semua beroleh redha Allah.

Sa’adatul Firdaus binti Khairollah
GB03785

Teknik Menterjemah Peribahasa






Teknik Menterjemah Peribahasa

ü            Terdapat 4 teknik untuk menterjemah peribahasa iaitu:
1.      Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh: قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمditerjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2.      Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh: دودةُ الكتبِ   diterjemahkan kepada ulat buku.

3.      Teknik memperjelas makna.
Contoh: Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة

4.      Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:  هديّة تذكارية   diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.


     Bagi mengelak dan menghindarkan kesalahan dalam menterjemah, perkara tersebut perlu  dilakukan:
1.             Bertanya terus kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
2.             Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.



Sa’adatul Firdaus binti Khairollah

Peribahasa Melayu


Peribahasa Melayu

ü                        Peribahasa Melayu terdiri daripada empat jenis (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69) iaitu:
1.      Perumpamaan
·         Perbandingan makna yang jelas dan terang.
·         Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti.
·         Contoh: bagai aur dengan tebing

2.      Simpulan bahasa
·         Merupakan gabungan dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.
·         Contoh: ada jalan (ada cara; ikhtiar; usaha)
        ambil angin (bersiar-siar untuk berehat)

3.      Bidalan  
·         Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.
·         Contoh: biar putih tulang, jangan putih mata (sanggup mati daripada menyerah kalah)
              Biar titik, jangan tumpah (biar rugi sedikit, jangan rugi banyak)

4.      Pepatah
·         Ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.
·         Contoh: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (bekerjasama dan tolong menolong)
              sehari selembar benang, lama-lama jadi kain (sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga)


Sa’adatul Firdaus binti Khairollah

Monday, February 17, 2020

نعل الملك


Diceritakan, ada seorang Raja yang menguasai suatu negeri yang amat luas, suatu hari Raja tersebut hendak melakukan perjalanan darat yang panjang, ketika Raja tengah kembali dari perjalanan tersebut ia mendapati kedua telapak kakinya bengkak kerana perjalanan tersebut,

 lalu ia memerintahkan untuk memberikan alas pada setiap jalan yang ada di kota dengan kulit,

 akan tetapi salah satu penasihat Raja mengusulkan pendapat yang lebih baik, iaitu meletakkan sepotong kulit di bawah kedua telapak kaki Raja saja, dan ini adalah  asal penggunaan kasut.

ASMA' BT MOGHNI (GB 03432)