Thursday, February 20, 2020


PEPATAH ARAB




Morfem


Assalamualaikum..
Pada hari ini kita akan membincangkan tentang morfem. Morfem ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna. Ia terbahagi kepada 2 iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
1.Morfem bebas (المقيد المرفم)-boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna.
2.Morfem Terikat ( المرفم الحر) tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan bantuan dari morfem bebas. Morfem terikat ini seperti imbuhan yang diberikan kepada kata dasar
Contoh:.
Morfem bebas
Morfem terikat
Saya
di….
Kamu
ter….
Kereta
ber..
Dalam Bahasa Arab setiap morfem mempunyai maksud tersendiri:
Bentuk II
فعَّل
1.Intensif
كسَّر-memecahkan/menghancurleburkan.
2.Penyebab
علَّم-Mengajar/menyebabkan seseorang mengetahui.
3.Menukarkan kata kerja tak transitif kepada transitif
فرَّح «  فَرِحَ  - bergembira  » menggembirakan
4.Pernyataan atau anggapan
كذَّب«  كَذْبَ-berdusta » menjadikan seseorang pendusta
Bentuk III
فاعل
Menunjukkan perbuatan timbal balik.
قَتَلَهُ  » قَاتَلَهُ  -Dia membunuhnya atau dia berkelahi dengannya.
Bentuk IV
أفعل
1.Kausatif/faktitif-Menjadi sebab
جَلَسَ    »  أَجْلَسَ
Duduk  »  menjadikan seseorang duduk
كَرَمَ        «   أَكْرَمَ
Mulia    »menjadikan seseorang mulia
2.Denominatif
ثَمَرَ       »  أَثْمَرَ
Buah   »   menjadi berbuah
مَطَرَ أَمْطَرَ      «      
3.Deklaratif/estimative
أَبْحَلَهُ       » dia menganggap/mendapatinya kedekut
أَحْمَدَهُ       » dia mendapatinya (orang/benda)patut dipuji

   
   Moga memberi sedikit ilmu kepada anda.Wassalam.

Wednesday, February 19, 2020





Assalamualaikum ...


Dalam menterjemah Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu, kita tidak digalakkan untuk merujuk dalam google translate.Ini kerana terdapat banyak perkataan yang tidak sesuai dijadikan padanan dalam bahasa sasaran.

Untuk mereka yang baru hendak belajar menterjemah dinasihatkan merujuk kepada kamus atau kamus online.Terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan seperti المعانى عربي عربي  dan  معجم المعانى عربي اندونيسي  .

Tidak kisah apa pun rujukan yang anda gunakan, penterjemahan sesuatu teks hendaklah tepat dan memenuhi maksud teks bahasa sumber. Dari menterjemah perkataan mulalah beranjak kepada menterjemah frasa. Seterusnya perenggan. Semoga satu hari anda akan menjadi seorang penterjemah yang hebat.(Sekurang-kurangnya anda mampu membantu anak-anak anda dalam menterjemah Bahasa Arab dalam menyiapkan kerja rumah mereka) .

Sekian..



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

Jenis penterjemahan





JENIS JENIS PENTERJEMAHAN

1.       Penterjemahan terbahagi kepada 2 iaitu:



                                I.            Penterjemahan lisan

·         Dilakukan secara langsung secara cepat dan tepat daalm metod ini penterjemah disyorkan mampu bericara  dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahsa sasaran.

·         Seseorang penterjemah interpreten perlu mempunyai pengalaman yang luas dan perlu menjalani sesi yang panjang dan berterusan bagi menambah skill yang ada



                              II.            Penterjemahan Tulisan



·         Dilakukan secara bertulis.Disebabkan itu ia boleh disemak berkali kali dan boleh diperbetulkan. Kefasihan berbicara tidak diperlukan kerana penterjemahan hanya perlu ditulis



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN

GB 03498

PERIBAHASA




PERIBAHASA

ü  Terdapat beberapa padanan peribahasa Melayu dengan peribahasa arab antaranya :

(ان عليك جرشا فتعشه)

Biar lambat asal selamat



(جزاه جزاء سنامر)

Susu dibalas tuba

Bagai melepaskan anjing tersepit



(الحاجة تفيق الحيلة)

Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih



(بخيل)

Tangkai jering

Jadi kawan-kawan bolehlah cuba menggunakan peribahasa arab pula selepas ini ya!..



HUZAIMAH BINTI HJ MOHAMMED IKHSAN
GB 03498