Saturday, January 25, 2020

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Ayat yang cukup segala-galanya..kepada kita khalifah di bumi Allah ini..
kerana..
Allah adalah Tuhan yang satu (ESA),
Allah jualah tempat kita memohon dan mengadu segala maksud jua kehendak
Yakin dan percaya bahawa permohonan yang baik dan ikhlas itu akan diperkenankan oleh Allah, samada cepat atau lambat..
Ya Allah Ya Karim..
Semoga ayat-ayat yang aku baca ini menjadi ma'unah, menjadi syafa'at, menjadi barokah, menjadi nur, kepada diriku, kepada kedua ibu bapaku, kepada kaum keluargaku, kepada keturunanku.
Hanya padaMu jualah aku berserah hidup dan matiku Ya Allah..
Sa’adatul Firdaus binti Khairollah
GB03785


No comments:

Post a Comment