Saturday, January 25, 2020

Agak lama aku menyepi dari dunia penulisan ini. Kini tiba-tiba kembali kerana ingin memulai sedikit penulisan yang telah lama beku..Entahkah masih boleh menulis atau telah hilang skill ini. Hehehe..
Ada kalanya kita perlu menghilang agar dapat mencari diri..walau kita tidak mungkin dapat mengenal diri kita sendiri, kerana ada insan lain yang lebih mengenali diri kita di sisi lainnya. Kita hanya dapat mengenal sisi depan dan sisi tepi, namun tidak sisi belakang diri kita. Oleh itu, bantuan dan teguran dari insan lain yang dapat melengkapkan sisi pada diri kita. Jangan sombong menjadi manusia. Walau kau berada tinggi di langit, pandanglah ke bawah agar dapat kau melihat, memerhati, menghayati apa yang berada di bawah sana. Mungkin ada bantuan dan pertolongan yang kau harus hulurkan kepada mereka di bawah sana.... maka hulurkanlah bantuan ikhlasmu... Jangan sekali kau pertikai mengapa harus aku yang memberi, sedangkan ada insan lain yang lebih mampu menghulur pertolongan... Jangan pernah kau bertanya, mengapa bukan dia..tapi mengapa aku... Ini kerana itu adalah rezki kau, yang telah Allah pilih dan aturkan untuk melaksanakan amanah itu buat insan lain.. Ini kerana kau telah Allah pilih untuk menambah peluang berada lebih dekat di sisiNya... Mungkin sebelum ini kau lupa, mungkin sebelum ini, kau alpa.. Kehidupan dunia hanyalah untuk kau membuat amalan buat bekal di negeri abadi. Terima kasih Allah, kerana memilihku untuk berada lebih dekat padaMu...
Sa’adatul Firdaus binti Khairollah
GB03785

No comments:

Post a Comment