Saturday, January 25, 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sedikit coretan rasa dari hati seorang pelajar yang baru ingin mengerti. Syukur dapat menimba ilmu baru pada semester ini. Diam tak diam, telah hampir penghujung semester 5 di UKM ini. Terima kasih kepada pensyarah kami, Dr. Maheram Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan mencurah ilmu yang tidak berbelah bahagi kepada kami dalam subjek Terjemahan ini. Pada awal semester 5 ini dahulu, aku agak tertanya-tanya, mengapa subjek ini perlu dipelajari dan dipelopori… Kini, baru ku tahu, bahawa subjek ini memang satu keperluan kepada para pelajar di pusat pengajian tinggi ini. Ia secara tidak langsung, seolah memberi nafas dan perjalanan baru kepada kehidupan yang baru ingin bermula. Semoga permulaan perjalanan ini terus mendaki ke titian yang tinggi menuju ke puncak dalam ilmu dan bidang penterjemahan ini kelak. Terima kasih Dr.memberi ruang dan peluang untuk lebih memahami dan mendalami apa itu bidang penterjemahan. 
Sa’adatul Firdaus binti Khairollah
GB03785

No comments:

Post a Comment